AMCARE Agency yang merupakan Ejen Zakat MAIDAM dengan kerjasama YaPEIM telah menyumbangkan Sembilan (9) ekor lembu kepada tujuh masjid dan surau serta madrasah yang terpilih di kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kemaman serta di Marang sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, 1442H/2021M.
Antara Masjid dan surau yang terpilih termasuklah Masjid Nurul Iman, kampung Lerek, Masjid Mukim Bukit Payong, Masjid Al-Muttaqim di Hulu Terengganu. Termasuk juga madrasah Tahfiz Ar-Rahman bertempat di Kemaman.