KUTIPAN & AGIHAN

Allah s.w.t meletakkan urusan zakat adalah di bawah tanggungjawab pemerintah, dan ini difahami berdasarkan firman-Nya;

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

(Surah al-Taubah (9): 103)

Perkataan (ﺬﺧ ) dalam ayat diatas yang bermaksud ‘ambillah’ adalah merupakan arahan kepada pemerintah agar membuat kutipan zakat yang memberi erti bahawa zakat adalah menjadi sebahagian dari tanggungjawab negara.

Di Terengganu, zakat wajib dibayar ke pada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan ini bersesuaian dengan Perlantikan “Amcare Agency – Ejen Zakat MAIDAM” sebagai wakil pembayar zakat untuk mengutip zakat bagi pihak MAIDAM yang diberi kuasa untuk menerima bayaran Zakat daripada pembayar zakat di negeri Terengganu.

© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.