
24 Mac 2022 (Khamis)
Sempena dengan perasmian dan juga pembukaan cawangan baru, baru-baru ini Amcare Agency telah mengadakan Majlis Kesyukuran di Pejabat Urusan Amcare di Bangunan Maidam dan juga Pejabat Pos Mini Telaga Mengkudu, Marang. Seramai 40 orang pelajar Pusat Pengajian Al-Quran Rahman, Kemaman telah dijemput bagi mengadakan solat hajat dan bacaan yassin bagi mengimarahkan lagi Majlis Kesyukuran Amcare Group.

08 Mac 2022 (Selasa)
Alhamdulillah antara aktiviti zakat yang telah dijalankan oleh para pegawai AMCARE Agency Ejen Zakat MAIDAM di beberapa syarikat. Terima kasih diucapkan kepada Estetika Medispa sedia menerima taklimat zakat daripada pegawai kami.
InsyaAllah, para pegawai AMCARE Agency juga bersedia untuk memberi penerangan dan juga taksiran zakat secara PERCUMA kepada para pembayar zakat di negeri Terengganu.

10 Februari 2022 (Khamis)
Team AMCARE bersama Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KOGURU).
Sesi Penerangan Zakat Pendapatan telah disampaikan kepada Warga KOGURU yang hadir secara bersemuka dan juga secara maya di seluruh negeri Terengganu pada 10 Febuari 2022 (Khamis) di Wisma KOGURU.
InsyaAllah, Team AMCARE Agency juga bersedia untuk memberi penerangan dan juga taksiran zakat secara PERCUMA kepada para pembayar zakat di negeri Terengganu.

07 Februari 2022 (Isnin)
Alhamdulillah, pada hari ini YBhg Datoโ Haji Mohamad Zahari Bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif AMCARE Agency dan En. Shahrul Azwan Bin Mohamad @ Endut, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat AMCARE Agency telah mengadakan Lawatan kepada PSWA Holding Sdn Bhd.
Penerangan Zakat Perniagaan dan Pendapatan telah disampaikan kepada En. Mohd Izham Bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PSWA Holding Sdn. Bhd.
InsyaAllah, para pegawai AMCARE Agency juga bersedia untuk memberi penerangan dan juga taksiran zakat secara PERCUMA kepada para pembayar zakat di negeri Terengganu.

03 Januari 2022 (Isnin)
Alhamdulillah, selesai perkongsian ilmu berkenaan topik โPerbaharui Azam Membayar Zakatโ bersama ustaz Ahmad Ulwan (Pengurus AMCARE Agency) di Manisfm.
Terima kasih diucapkan kepada Manisfm atas jemputan. Moga ia jadi permulaan yang baik kepada kita pada tahun 2022 ini. InsyaAllah

30 November 2021 (Selasa)
Alhamdulillah antara aktiviti zakat yang telah dijalankan oleh para pegawai AMCARE Agency Ejen Zakat MAIDAM di beberapa syarikat di Marang.
Terima kasih diucapkan kepada Shell Rhu Rendang, Adib Optimetrist dan beberapa pihak lagi yang telah memberi komitmen yang sebaiknya untuk menunaikan kewajipan berzakat.
InsyaAllah, para pegawai AMCARE Agency juga bersedia untuk memberi penerangan dan juga taksiran zakat secara PERCUMA kepada para pembayar zakat di negeri Terengganu.

23 November 2021 (Selasa)
Alhamdulillah, semalam pegawai AMCARE Agency turun padang menemui para peniaga sekitar Dataran Austin, Gong Badak memberi penerangan dan kesedaran berkenaan berzakat.
Ia merupakan antara aktiviti โ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง ๐๐จ๐ฆ ๐๐๐ซ๐ณ๐๐ค๐๐ญ โ anjuran AMCARE Agency sepanjang November sehingga Mac.
InsyaAllah di dalam โKempen Jom Berzakatโ yang dilaksanakan sepanjang November sehingga Mac.

15 Ogos 2021 (Ahad)
Pada15 November 2021 (Ahad), AMCARE Agency telah turun padang dalam ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง ๐๐จ๐ฆ ๐๐๐ซ๐ณ๐๐ค๐๐ญ di Pasar Chabang Tiga bersama para peniaga dan pengunjung.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ฟ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ฐ๐๐บ๐ฎ, ๐๐ผ๐ฎ๐น ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฏ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐, ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ด๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐ฐ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต๐ฎ๐๐ถ ๐ถ๐๐๐ถ๐บ๐ฒ๐๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐.
Sepanjang bulan November sehingga Mac ini, sebagai penghargaan kepada Pembayar Zakat, AMCARE Agency juga telah melancarkan ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ป โ๐ง๐ฎ๐ธ๐๐ถ๐ฟ, ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ป๐ด๐ถ ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ตโ.

18 Oktober 2021 (Isnin)
AMCARE Agency (Ejen Zakat MAIDAM) bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah berjaya menganjurkan Seminar Taksiran Zakat Harta sesi 2021/22 buat pertama kalinya melibatkan 70 orang pemimpin koperasi, pemilik syarikat, peniaga serta kakitangan agensi kerajaan dari seluruh negeri Terengganu.

09 September 2021 (Khamis)
Alhamdulillah, Taklimat Zakat Atas Talian bersama syarikat Permint Granite โ HCM Sdn. Bhd yang disampaikan oleh pegawai AMCARE Agency Ejen Zakat MAIDAM.
Fokus berkenaan perbincangan dan taksiran Zakat Harta bersama warga PGHCM Sdn Bhd. InsyaAllah, para pegawai AMCARE Agency juga bersedia untuk memberi penerangan dan juga taklimat kepada para pembayar zakat di negeri Terengganu.
ยฉ 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.