Pandangan ini hendaklah diperhalusi mengikut pandangan para fuqaha’. Secara asasnya zakat merupakan kewajipan yang jelas dalam Islam bagi setiap individu . Namun begitu zakat bukan sekadar urusan individu tetapi melibatkan soal tanggungjawab dan campurtangan pemerintah menerusi Baitulmal dan seumpamanya untuk menguruskan zakat secara sistematik dari aspek kutipan dan agihan serta pengurusan wang zakat.
Para fuqaha’ berpandangan bahawasanya pemerintah berkuasa memungut zakat dari harta-harta zahir dan sekiranya diminta untuk ditunaikan, maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. Syaikh Atiyyah Muhammad Salim rhm. Menghuraikan kata-kata Abu Bakar al-Siddiq r.a tatkala memerangi orang yang enggan berzakat adalah bukan sahaja kepada yang ingkar kewajipannya sahaja tetapi termasuk juga mereka yang ingkar menunaikannya kepada pemerintah.
Secara umumnya, agihan dilihat lebih sistematik dan menyeluruh jika dibuat menerusi institusi amil seperti Baitulmal dan pihak berkuasa zakat negeri. Tidak kira samada harta tersebut bersifat batin atau zahir pengurusannya tertakluk kepada pihak pemerintah mengikut panduan yang jelas dalam nas-nas yang berkaitan. Pandangan ini juga dipersetujui oleh beberapa ulama’ lainnya seperti Syaikh Abd Wahhab Khallaf, Syaikh Abd Rahman Hassan dan Syaikh Muhammad Abu Zuhrah.
i. Mesti memastikan penerima dari kalangan asnaf yang layak dan termasuk dalam tafsiran asnaf samada dari pemahaman klasik ataupun semasa.
ii. Merujuk dan memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa zakat negeri (MAIDAM) sebelum membuat agihan sendiri.
iii. Jumlah zakat yang ingin ditunaikan adalah besar sebagaimana yang diputuskan oleh Majma’ Fiqh Islami. Jumlah yang besar atau kecil ini diputuskan oleh pihak berkuasa zakat. Zakat yang melebihi RM 10,000 sebagai contoh boleh dianggap sebagai jumlah yang besar.? Sekiranya zakat dalam jumlah sedemikian, maka sebahagiannya bolehlah dibuat agihan sendiri dan sebahagian yang lain perlu ditunaikan ke pihak yang berwajib.
Sebagai rujukan, MAIDAM telah menwarkan skim khas berupa wakalah agihan kepada para pembayar zakat untuk membayar sendiri kepada asnaf. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi dengan pihak MAIDAM atau Amcare Agency (Ejen Zakat Maidam)
Cukai dan zakat adalah dua perkara yang secara kasarnya dilihat punya persamaan namun sangat berbeza konsep, kaedah, pensyariatan mahupun aspek kewajipannya.
Cukai sebagaimana yang ditakrifkan oleh para ulama’ kewangan menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi ialah : Kewajipan (kewangan) yang dilazimkan kepada rakyat untuk membayarnya kepada pihak pemerintah (negara) mengikut kadar yang tertentu dengan melihat kepada keperluan dan manfaat yang bakal dilaksanakan oleh pihak pentadbiran negara bagi memenuhi keperluan umum rakyat di dalam sebuah negara dan bagi merealisasikan sebahagian dari perancangan dan penstrukturan ekonomi, kemasyarakatan, politik dan pentadbiran dan lain-lain tujuan demi kemaslahatan umum yang menjadi agenda sesebuah negara. [Fiqh al-Zakah, Jilid 2 m/s 997]
Cukai adalah tanggungjawab kepada negara dan sumber cukai adalah dari semua jenis hasil pendapatan dan boleh dipungut ke atas semua rakyat yang mempunyai pendapatan. Cukai juga dikutip adalah bagi tujuan kepentingan pentadbiran negara sepertimana yang dinyatakan oleh Dato’ Haji Abdul Aziz @ Ambak Ismail, Ahli Jemaah Fatwa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu bahawa:
“Kalau rujuk kepada perintah usul perintah ataupun hukum syarak dalam Islam yang bermaksud; sebarang urusan pemerintah terhadap rakyat di kawasan negeri tertentu adalah tertakluk kepada adanya kebajikan dan kemaslahatan kepada rakyat itu sendiri.”
Beliau juga menyatakan bahawa kaedah mengenakan cukai penting bagi menjaga kepentingan rakyat dan dalam kaedah siasah Islamiah, pemerintah dengan rakyat adalah sama-sama bertanggungjawab. Pemerintah (kerajaan) bertanggungjawab terhadap rakyat dan rakyat mestilah juga bertanggungjawab terhadap pemerintah yang berkuasa iaitu kedua-dua pihak saling tolong menolong kerana pemerintah memberi perkhidmatan kepada rakyat dan mengadakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Rakyat sepatutnya memberi kerjasama kepada pemerintah dengan mematuhi peraturan yang dikenakan selagi tidak wujud kezaliman.
Adapun zakat merupakan kewajipan secara khusus dalam agama yang bermaksud sesuatu hak yang tertentu berdasarkan kadar yang tertentu dalam harta umat islam yang ditunaikan kepada golongan yang tertentu dengan syarat yang tertentu bertujuan untuk mensyukuri nikmat Allah serta bertaqarrub kepadaNya dalam erti menyucikan jiwa dan harta.
Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al Maarij ayat 24 – 25 yang bermaksud:
“Dan orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu, untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tak mahu meminta.”
Nilai minima harta yang melayakkan seseorang itu berzakat dikenali sebagai nisab. Islam tidak semata-mata mengenakan zakat ke atas semua harta yang mempunyai sifat al-nama? (pengembangan) secara mutlak walaupun harta tersebut dilihat banyak. Bahkan, islam meletakkan beberapa syarat kepada harta tersebut iaitu jika ia sampai kepada suatu had yang dinamakan nisab dalam penggunaan fiqh. Dalam isu melibatkan zakat harta seperti wang simpanan dan seumpamanya yang bukan dari sumber pertanian ataupun ternakan, nisab zakat adalah didasarkan kepada harga berat 20 mithqal emas atau dalam kiraan metrik terkini sebanyak 85 gram emas semasa. ini adalah berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w daripada Saidina Ali r.a bahawasanya Nabi s.a.w bersabda :
Tidak diwajibkan bagi kamu sesuatupun ke atas emas sehinggalah kamu memiliki dua puluh dinar. Jika kamu memiliki dua puluh dinar dan ia genap setahun dalam simpananmu, maka wajib ke atasmu zakatnya sebanyak setengah dinar. Adapun yang lebih dari itu hendaklah ditaksir berdasarkan kiraan yang tersebut dan dikeluarkan zakatnya.? [Hadith riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud dengan darjat Hasan]
20 dinar dalam hadith ini adalah bersamaan 20 mithqal yang bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.? Secara umumnya nilai nisab dalam kiraan Ringgit Malaysia [rujuk www.zakat2u.com]. Justeru barangsiapa yang telah memiliki jumlah harta yang sampai ke paras nisab atau lebih, maka diwajibkan baginya untuk mengeluarkan zakat dari keseluruhan jumlah harta yang dimiliki tersebut dengan kadar sebanyak 1/40 atau 2.5% darinya. Adapun syarat sampingan bagi harta tersebut ialah mesti mencukupi haul iaitu genap tempoh setahun berdasarkan kiraan tahun qamariyyah (kalender Islam) berada dalam pemilikan seseorang.
Masyarakat Islam yang menjana pendapatan sambilan secara atas talian atau ‘online’ juga tidak terkecuali daripada kewajipan menunaikan zakat yang tergolong sebagai zakat perniagaan.
Perniagaan ‘online’ juga, walaupun tidak berdaftar sebagai sebuah syarikat atau tidak mempunyai modal seperti menjadi ‘dropship’ produk, wajib menunaikan rukun Islam ke tiga itu.
Ini termasuklah perniagaan berasaskan barangan atau perkhidmatan, ‘drop ship’ atau orang tengah selain syarikat seperti persendirian, perkongsian, koperasi, saham, perbankan dan seumpamanya yang memenuhi syarat-syarat dikenakan zakat.
Orang tua, OKU dan ibu tunggal bukan ciri-ciri penerima zakat, sebagaimana dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka layak menerima zakat jika sekiranya tergolong sebagai fakir atau miskin. Akan tetapi jika mereka mempunyai harta atau pendapatan, atau mempunyai waris/keluarga yang mampu menampung keperluan asasi mereka, maka tidak layak menerima zakat.
Tidak, anak yatim bukan lah dalam senarai 8 golongan asnaf yang diberikan zakat.kecuali jika ibu/ bapa/ penjaga tergolong dalam golongan fakir atau miskin.
Tidak, bantuan yang diterima hanya bersifat sementara dan tidak boleh diwarisi kecuali jika berlaku kematian suami, maka penama tersebut boleh ditukar kepada nama isteri.
Hutang pengajian tersebut perlu dijelaskan melalui pendapatan bulanan yang diperolehi. Bantuan zakat tidak dapat disalurkan dalam kes seperti ini kerana hutang pengajian tersebut wajib dibayar secara beransur-ansur bukan sekali gus. Ini bererti anda tidaklah berada dalam keadaan yang terlalu mendesak.
Zakat merupakan ibadah wajib dan salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan pada tahun ke-2 hijrah.
Ia berdasarkan firman Allah SWT:
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Surah Al-Baqarah 2:43)
syarat-syarat mengeluarkan zakat terdapat syarat wajib dan sah. Oleh itu, diwajibkan ke atas seorang muslim yang merdeka, baligh, berakal, pemilikan harta yang cukup bilangannya (Nisab) dan cukup tempohnya (Haulnya) serta sah pemberian zakat dengan sekadar berniat bagi tertunai kewajipannya.
Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.
pembayaran zakat sah sekiranya tidak disertakan akad ijab dan qabul. Dan ini kerana syarat sah pemberian zakat adalah berniat dan mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta penyerahan dan penerimaan barang.
Namun, tidak menjadi sebarang masalah sekiranya melakukan akad ijab dan qabul bagi memastikan tujuan dan matlamat pemberian zakat itu tercapai. Justeru pemberian zakat memerlukan keredhaan dan keikhlasan demi mendapat keredhaan Allah SWT.
Allah s.w.t meletakkan urusan tanggungjawab pemerintah, dan ini difahami berdasarkan firman-Nya;
“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannnya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak) yang buruk); dan mendoakan untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.”
(Surah al-Taubah(9): 103)
Perkataan (ﺬﺧ ) dalam ayah diatas yang bermaksud ‘ambillah’ adalah merupakan arahan kepada pemerintah agar membuat kutipan zakat yang memberi erti
Allah SWT maha mengetahui, Firman Allah dalam surah at-taubah ayat 103.
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Perkataan “ambillah” dalam ayat ni ditujukan kepada pemerintah, supaya mengutip zakat dan ia juga menggambarkan yang zakat menjadi sebahagian daripada tanggungjawab negara. Melalui pemerintah, barulah zakat dapat diagihkan kepada asnaf-asnaf yang memerlukan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-76 yang bersidang pada 21 – 23 November 2006, telah menetapkan
“…perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa. Ini kerana dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil amri dalam perkara kebaikan adalah wajib”
Melalui Enakmen Jenayah Syariah, Seksyen 21, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Mana-mana orang yang wajib membayar zakat tetapi –
(b) enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik, atau mana-mana pihak lain yang diberikuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Perlembagaan Persekutuan telah menyenaraikan zakat di bawah bidang kuasa negeri. Semua negeri di Malaysia telah memperuntukkan perkara berkenaan dengan urusan zakat ini sama ada di bawah akta atau enakmen di negeri masing-masing atau diletakkan di bawah enakmen khusus tentang zakat.
Akta atau enakmen juga memperuntukkan kuasa kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau syarikat yang dilantiknya memungut zakat daripada pemilik harta dan setiap orang yang melanggar akta atau enakmen tersebut boleh dikenakan hukuman.
Didalam Islam, Zakat bukan hanya untuk orang fakir dan miskin sahaja, tapi juga untuk golongan-golongan lain sebagimana dalam firman Allah dalam Surah At Taubah ayat 60.
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
(boleh merujuk di zakat2u.com/asnaf zakat)
Didalam 8 golongan penerima zakat tidak termasuk golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) atau sebagainya kecuali mereka adalah golongan Fakir miskin.
Oleh demikian, adalah WAJIB keatas seorang MUSLIM itu yang cukup bilangannya (Nisab) dan cukup tempohnya (Haulnya) membayar zakat menerusi Majlis Agama Islam Negeri atau Amil-amil yang dilantik.
Secara umumnya, agihan dilihat lebih sistematik dan menyeluruh jika dibuat menerusi institusi amil seperti Baitulmal dan pihak berkuasa zakat negeri. Tidak kira samada harta tersebut bersifat batin atau zahir pengurusannya tertakluk kepada pihak pemerintah mengikut panduan yang jelas dalam nas-nas yang berkaitan. Pandangan ini juga dipersetujui oleh beberapa ulama’ lainnya seperti Syaikh Abd Wahhab Khallaf, Syaikh Abd Rahman Hassan dan Syaikh Muhammad Abu Zuhrah.
Cukai dan zakat adalah dua perkara yang berbeza dari pensyariatan mahupun aspek kewajipannya.
Cukai sebagaimana yang ditakrifkan oleh para ulama’ kewangan menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi ialah : Kewajipan (kewangan) yang dilazimkan kepada rakyat untuk membayar kepada pihak pemerintah (negara) mengikut kadar yang tertentu dengan melihat kepada keperluan dan manfaat yang bakal dilaksanakan oleh pihak pentadbiran bagi memenuhi keperluan dan hak rakyat. Ia bagi merealisasikan sebahagian dari perancangan dan penstrukturan ekonomi, kemasyarakatan, politik dan pentadbiran dan lain-lain tujuan demi kemaslahatan umum yang menjadi agenda sesebuah negara. Cukai juga dikutip adalah bagi tujuan kepentingan pentadbiran negara sepertimana yang dinyatakan oleh Dato’ Haji Abdul Aziz @ Ambak Ismail, Ahli Jemaah Fatwa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu bahawa:
“Kalau rujuk kepada perintah usul perintah ataupun hukum syarak dalam Islam yang bermaksud; sebarang urusan pemerintah terhadap rakyat di kawasan negeri tertentu adalah tertakluk kepada adanya kebajikan dan kemaslahatan kepada rakyat itu sendiri.” Rakyat sepatutnya memberi kerjasamakepada pemerintah dengan mematuhi peraturan yang dikenakan selagi tidak wujud kezaliman.
Zakat merupakan kewajipan secara khusus dalam agama yang bermaksud sesuatu hak yang tertentu berdasarkan kadar yang tertentu dalam harta umat islam yang ditunaikan kepada golongan yang tertentu dengan syarat yang tertentu bertujuan untuk mensyukuri nikmat Allah serta bertaqarrub kepadaNya dalam erti menyucikan jiwa dan harta.
Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al Maarij ayat 24 – 25 yang bermaksud:
“Dan orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu, untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tak mahu meminta.”
Di Malaysia, Kerajaan telah mengintegrasikan zakat dan cukai melalui rebat (Tiada had) bagi Zakat pendapatan dan 25% bagi Zakat Perniagaan keatas setiap pembayaran oleh umat islam, dengan syarat zakat hendaklah dibayar didalam tahun taksiran yang berkenaan dan resit hendaklah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri.
Sebagai Contoh :-
Puan Kiah telah dikenakan cukai pendapatan sebanyak RM650.00 setahun. Tetapi Puan Kiah telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Umat Islam dengan berzakat dan telah membayar sebanyak RM600.00
setahun melalui potongan gaji. Selain itu Puan Kiah juga telah membayar zakat fitrah sebanyak RM20.50 pada bulan Ramadhan dan Zakat Emas sebanyak RM100.00.
Puan Kiah boleh mendapatkan rebat (tanpa had) dengan mengemukakan resit pembayaran yang berjumlah RM600 + RM100.00 + RM20.50 (Jumlah RM520.50) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada setiap tahun berakhir (30 April / 30 Jun).
Oleh demikian, Setelah penolokan Jumlah Zakat yang dibayar Puan Kiah tidak perlu lagi membayar Cukai pendapatan.
Bagi pembayaran melalui Potongan Gaji Berjadual, Jika Puan Kiah membayar Zakat RM50.00 sebulan (RM600 setahun) melalui kaedah potongan gaji oleh Pihak Majikan kepada Majlis Agama Islam Negeri. Pihak Majikan tidak perlu lagi membuat potongan cukai berjadual (PCB) ke pihak LHDN. Majikan hanya perlu mengeluarkan borong EA Form kepada Pekerja, dan Pekerja WAJIB membuat declaration dengan mengemukakan resit pembayaran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada setiap tahun berakhir (30 April / 30 Jun).
Orang Islam yang menjana pendapatan sambilan secara atas talian atau ‘online’ juga tidak terkecuali daripada kewajipan menunaikan zakat yang tergolong sebagai zakat perniagaan.
Perniagaan ‘online’ juga, walaupun tidak berdaftar sebagai sebuah syarikat atau tidak mempunyai modal seperti menjadi ‘dropship’ produk, wajib menunaikan rukun Islam ke tiga itu, kerana ianya dikira sebagai Pendapatan.
Ini termasuklah perniagaan berasaskan barangan atau perkhidmatan, ‘drop ship’ atau orang tengah selain syarikat seperti persendirian, perkongsian, koperasi, saham, perbankan dan seumpamanya yang memenuhi syarat-syarat dikenakan zakat.
Pengiraan Zakat online / kecil2 lan boleh dialakukan di zakat2u.com/zakat perniagaan.
© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.