ASNAF ZAKAT

Asnaf fakir (al-fuqara’)  adalah orang Islam yang tiada harta/pendapatan, atau ada harta/pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

Had kifayah ditentukan oleh Majlis Agama islam dan mengikut kecukupan golongan asnaf tersebut.

diantara bantuan yang diberikan :

  1. i) Bantuan Kewangan Bulanan
  2. ii) Bantuan Zakat semperna Hari Raya

iii) Lain – Lain Bantuan yang di fikirkan perlu

Asnaf miskin (al-masakin) adalah orang Islam yang mempunyai harta/ sumber pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi belum mencukupi had kifayah.

diantara bantuan yang diberikan :

Bantuan sara hidup / Bantuan BulananBantuan Modal / BerdikariBantuan dibulan Ramadhan / Bantuan PersekolahanBantuan Serta MertaBantuan Perubatan / HemodialisisBantuan membaiki rumah / bina rumah / membaikpulihBantuan Keusahawanan dan KemahiranBantuan sewa rumah Bantuan Pengurusan Jenazah atau Jenazah tanpa waris

Muallaf (Orang yang baru memeluk Islam) adalah golongan bukan Islam pada asalnya, tetapi terbuka hati untuk memeluk Islam.Golongan ini perlu dibantu supaya mereka dapat merasi belas kasihan, kasih sayang dan pembelaan daripada saudara seagama yang dituntut oleh agama Islam.

diantara bantuan yang diberikan :

Bantuan Kewangan Bulanan / Sara hidupBantuan Saguhati / Galakan saudara baruBantuan sambutan hari kebesaran islam (maal hijrah) Bantuan Berkhatan / BerkahwinBantuan membaikpulih rumahBantuan Modal / keusahawananBantuan aktiviti lawatan pembelajaranBantuan Keals bimbingan saudara baruBantuan kursus / latihanBantuan pengurusan jenazah / Ceramah Bantuan KecemasanBantuan Skim Al-quran / Pengajian Pembelajaran

ibnu sabil (Musafir yang berada dalam perjalanan) adalah seseorang musafir yang menghadapi kesusahan ketika atau semasa perjalanan.

Dengan syarat perjalanan tersebut perlulah berlandaskan syara’ dan bukan untuk tujuan maksiat.

diantara bantuan yang diberikan :

Bantuan Tambang Pelajar ke Luar NegaraBnatuan orang terkandas dalam perjalanan

Fisabilillah (Orang yang berjuang di jalan Allah) adalah golongan yang berjuang untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentang islam / ilmu sepertimana yang di syariat kan dalam islam.

diantara bantuan yang diberikan :

Bantuan Program Forus / Ceramah AgamaBantuan Elaun Bulanan Mubaligh / Kader DakwahBantuan persatuan / bandan kebajikan islamBantuan Masjid / surau / madrasahBantuan penerbitan / penyelidikan berlandaskan islamBantuan dermasiswa Pelajar luar dan dalam NegaraBantuan aktiviti keagamaan / program sekolah / pendidikanBantuan Rumah perlindungan / pengurusan pondokBantuan awal IPT

Asnaf riqab (Hamba) adalah golongan yang terbelenggu dalam satu keadaan yang menghalangnya daripada menjadi seseorang yang lebih baik.  Contoh nya golongan LGBT / Golongan yang tejerumus dalam kerja – kerja yang tidak baik.

diantara bantuan yang diberikan adalah, Bantuan Pemurniaan Aqidah / AkhlakBantuan Pusat pemulihan

Al-Gharimin (Orang berhutang) adalah golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan keluarga, tetapi tidak berupaya untuk membayarnya semula.

Di antara syarat bagi golongan ini adalah hutang sudah sampai tempoh, dan perlu dijelaskan agar dapat mengelak kemudaratan yang lebih besar daripada berlaku.

diantara bantuan yang diberikan :

Bantuan Hutang kerana keperluan hidupBantuan Hutang kerana maslahah ummahBantuan hutang perubatanBantuan pengurusan jenazah tanpa waris

© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.