ZAKAT EMAS

PENJELASAN

Syara’ telah menganggap emas dan perak sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan

tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

“(Surah At-Taubah : 34-35)

Islam memandang emas sebagai simbol kekayaan harta yang berharga dan mampu berkembang. Pada masa dahulu emas diguna sebagai wang dalam urusan jual beli. Emas-emas ditempa menjadi kepingan berbentuk syiling (dinar) dan juga dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Oleh sebab keistimewaan yang dimilik oleh emas dan menjadi ukuran kekayaan maka Islam mewajibkan zakat ke atas emas.

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan , tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.

Emas yang disimpan adalah emas yang tidak dipakai, iaitu emas yang benar-benar menjadi simpanan dan tidak digunakan sebagai perhiasan walaupun fizikalnya sama seperti emas perhiasan. Ianya termasuk barang kemas yang tidak dipakai kerana sudah rosak atau lama. Ianya juga termasuk barang perhiasan yang dimiliki oleh lelaki sungguhpun pemakaiannya haram disisi syarak. Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%). Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

 Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) & telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan sama.

(HR Abu Dawud)

 Pengiraan Zakat Emas yang tidak dipakai ( 85g)

 Jumah emas x nisab (RM 188.44 /1 gram) x 2.5%

cth :

100 gram X nisab 188.44 X 2.5%

Jumlah Zakat Perlu Dibayar = RM 471.10

**Catatan: Uruf adalah had pemakaian setempat yang dibenarkan dan kadar uruf berbeza mengikut negeri.

Uruf Negeri Terengganu Darul Iman = 850g

Hukum asal sebarang bentuk pemakaian tidak diwajibkan zakat. Dengan dijadikan emas sebagai barang perhiasan dan kegunaan peribadi, emas berkenaan tidak lagi bersifat subur dan berkembang. Namun barang perhiasan tetap diwajibkan zakat sekiranya pemakaiannya terlalu banyak sehingga berlebihan dan melampaui kadar yang biasa (uruf) dipakai. Apa yang berlebihan dengan adat dan kebiasaan adalah dilarang atau tidak digalakkan oleh syariah. Yusuf al-Qaradawi menyebut perhiasan wanita yang diperbuat selain emas dan perak, seperti mutiara, berlian dan batu berharga dikecualikan zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang.

 Pengiraan zakat Emas yang dipakai (Lebihan 85g)

(Jumah emas – uruf 850g) x nisab (RM 188.44 /1 gram)  x 2.5%

cth :

100 gram – 850g (uruf) x nisab RM188.44 x 2.5%
Jumlah zakat perlu dibayar RM706.65

 

© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.