Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat keatas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang process pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperolehi dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.
Para fiqaha telah mewajibkan zakat keatas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yanh lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan professional atau peringkat tertinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion makan gaji sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.
Wahai orang-orang yang beriman, Belanjakan lah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yng buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Sentiasa Terpuji.
(Surah Al-Baqarah 2:267)
Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bertarikh 22 Jun 1997 bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang yang layak mengeluarkan zakat.
Negeri Terengganu pula telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada tahun 1999.
– Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.
– Bayaran atau keuntungan projek yang diterima oleh kontraktor.
– Komisyen atau residual income seperti Jualan Insurans, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.
– Royalti atau komisyen hasil penulisan, penerbitan, aktiviti seni & lain2.
– Harta sewaan aset seperti bangunan, premis, peralatan dan sebagainya
– Hasil produk ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya.
Tuntuan lojing, tuntutan ke luar negara, tuntuan keraian, tuntuan perbatuan, dan tuntuan
– tuntuan lain.
© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.