ZAKAT PERAK

Ijma ulama’ telah menetapkan nisab zakat perak sebanyak lima auqiyah bersamaan 40 dirham (5 x 40 = 200 dirham) (595 gram)

[ satu auqiyah = 119gram]

 Logam perak (silver) merupakan logam yang berharga dan berguna. Pada masa dahulu, perak telah digunakan sebagai alat tukaran (wang) dalam urusan jual beli. Masyarakat arab menggunakan logam perak (dirham) sebagai medium matawang utama disamping emas (dinar) dalam sistem ekonomi mereka.

Walaupun kegunaan perak pada zaman moden telah berubah berbanding zaman dahulu, namun fizikalnya yang masih kekal sebagai alat simpanan nilai dan simbol kekayaan seseorang. Justeru kewajipan syariat zakat ke atas perak kekal termaktub dan seharusnya ditunaikan oleh orang Islam apabila memenuhi syarat-syaratnya. Zakat yang dikenakan ke atas perak termasuklah yang berbentuk :

1. Syiling perak

2. Jongkong perak

Perkakasan dibuat daripada perak

1. Barang perhiasan dibuat daripada perak

2. Barang kemas perak dan sebagainya

DALIL ZAKAT PERAK

Allah SWT telah mewajibkan zakat ke atas perak melalui ayat dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): ?Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu

 [Surah At-Taubah(9): 34-35]

NISAB DAN HAUL ZAKAT PERAK

Nisab dan haul dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW berikut yang bermaksud:

Diriwayatkan oleh Abu Sa`id Al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada zakat pada kurang dari lima ekor unta, tidak ada zakat pada yang kurang dari lima uqiyah (perak) (5 uqiyah = 200 dirham), dan tidak ada zakat pada yang kurang dari lima awsuq (gandum).(HR Bukhari)

 Hadis Rasulullah SAW iaitu yang bermaksud: Diriwayatkan dari Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: ?Sesiapa yang memperolehi kekayaan, maka tidak ada zakat padanya sehingga Haul telah berlalu semasa ia sedang miliknya.(HR Tirmizi)

Berpandukan hadis yang pertama, nisab zakat perak ialah 200 dirham. Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi, fuqaha telah bersetuju bahawa 200 dirham adalah bersamaan 595 gram. Logam perak yang ditempa kepada bentuk-bentuk lain seperti perkakasan, barang perhiasan, barang kemas tetap bersandarkan beratnya setelah pemilikannya melebihi nisab 595 gram. Manakala hadis kedua telah menjelaskan ketetapan haul didalam zakat perak.

Pengiraan Zakat Perak

(Jumah Perak – uruf 850g) x nisab (RM 188.44 /1 gram)  x 2.5%

cth:

1000 gram – 850g (uruf) x nisab Perak RM2.00/g x 2.5%
Jumlah zakat perlu dibayar RM587.00

Emas fizikal yang dimiliki lazimnya diniatkan sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan. Biasanya emas ini berbentuk syiling, jongkong, bar dan wafer. Wajib dizakatkan sekiranya berat emas menyamai atau melebihi nisab 85 gram.Sebagai contoh, jumlah emas yang dimiliki diniatkan untuk pelaburan adalah sebanyak 400 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 400 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

RM1,400

Terdapat bank menawarkan emas pelaburan berbentuk passbook atau Akaun Simpanan Emas. Akaun ini mencatatkan jumlah simpanan dalam unit gram emas yang dilaburkan. Pelaburan yang patuh syarak ialah fizikal emas itu wujud dan boleh dimiliki oleh pelabur. Wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram.

Jika Emas pelaburan passbook boleh dianggap tidak patuh syarak sekiranya tiada pegangan emas fizikal. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sahaja sekiranya jumlahnya melebihi nilai nisab tahunan. Ia dikira mengikut formula Zakat Wang Simpanan.

Sebagai contoh, jika jumlah emas yang dimiliki dalam passbook sebanyak 200 gram maka:

Zakat Emas (pelaburan/perniagaan)

= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%

= 200 gm x RM140 (contoh) x 2.5%

RM700

Emas maya adalah emas yang diniagakan untuk pelaburan secara bukan fizikal. Perniagaan emas maya menggunakan platform elektronik. Pelabur yang mempunyai akaun di broker tertentu boleh membuat arahan belian dan jualan emas dengan harga semasa dipaparkan di platform tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal yang dibelinya.

Memandangkan jualbeli emas ini tidak melibatkan emas fizikal maka ia adalah tidak patuh syariah. Zakat hanya dikenakan ke atas pelaburan pokok sekiranya jumlah melebihi kadar nisab tahunan. Ia dikategorikan sebagai bayaran Zakat Wang Simpanan.

Kaedah kiraan Zakat emas pelaburan tidak patuh syarak:

= Pelaburan pokok @ baki terendah x kadar zakat

= RM40,000 (contoh) x 2.5%

= RM1,000

© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.