ZAKAT SAHAM

PENJELASAN

Saham adalah satu bentuk aset kewangan yang baharu yang tidak wujud pada zaman dahulu. Saham mewakili pemilikan sebahagian daripada modal syarikat yang mana turut membawa kepada keuntungan atau kerugian.

KRITERIA SAHAM

Memiliki dan berurusniaga dengan saham adalah dibenarkan di sisi syarak. Secara umumnya, saham boleh dikatakan mempunyai kriteria-kriteria berikut

1. Berbentuk dokumen, skrip atau sijil yang boleh mengisbatkan hak-hak pemiliknya ketika berlaku tuntutan.

2. Mempunyai nilai yang sama dan tidak berbeza-beza bagi setiap satu unit bagi memudahkan pengiraan dan pembahagian keuntungan.

3. Boleh bertukar milik melalui proses transaksi seperti jual beli.

KIRAAN ZAKAT

kiraan zakat adalah berdasarkan pada harga semasa atau harga belian yang mana lebih rendah dan jika saham adalah dalam bentuk pinjaman, maka kiraan zakat dikira bergantung ke atas jumlah yang telah dibayar.
Zakat saham dikenakan ke atas pegangan ekuiti yang diperoleh melalui pasaran modal (saham, unit amanah, ETF, REIT, dana indeks, bon, sukuk, derivatif & produk berstruktur) dan juga ke atas syarikat

1. Saham Berbentuk Simpanan

Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas harga terendah dalam tempoh setahun. Cara pengiraannya adalah sama seperti kaedah pengiraan zakat wang simpanan. Datkan jumlah nilai terendah dalam tempoh setahun, jika menyamai atau melebihi nisab darab dengan kadar zakat 2.5%.

2. Zakat Berbentuk Jual Beli (Trading)

Zakat dikenakan sebanyak 2.5% atas nilai saham pada akhir tahun / tarikh cukup haul.

 Contoh:

1 lot = 1,000 unit

Harga beli 1 jan 2013  = RM10.00 seunit

(1 lot = 1,000 unit  x  RM10  = RM10,000)

 Harga pada cukup haul = RM9.00 seunit

(20 Disember 2013)  (1 lot = 1,000 unit  x RM9  = RM9,000)

 Zakat yang dikenakan =  RM9,000  x  2.5%   =  RM225.00

Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini adalah saham yang tidak disenaraikan di Bursa Saham atau saham dalam koperasi. Ia kebiasaannya tidak mudah ditunaikan. Zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima

Saham Dalam Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Zakat tidak perlu dibayar atas saham dan dividen saham sekiranya sesebuah syarikat tersebut telahpun mengeluarkan zakat pecniagaan bagi pihak pemegang-pemegang sahamnya. Namun sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat pecniagaannya, maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat secara persendirian.

© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.