Kewajiban zakat pertanian iaitu buah-buahan dan biji-bijian yang dilaksanakan sejak zaman Makkah, telah ditetapkan oleh dalil naqli & aqli. Didalam Al-Quran sering disebut dengan kalimah Infaq atau Haq.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman : belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dan hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dan apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) padahal kamu sendiri tidak sekali kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu kcuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya serta sentiasa terpuji.”
(Surah Al-Baqarah : 267)
a) Imam Syafie dan Imam Malik, berpendapat bahawa sifat pertanian yang diwajibkan zakat ialah apabila ia menepati ciri-ciri hasil pertanian dan jenis makanan yang mengenyangkan, boleh dikeringkan tahan disimpan lama dan makanan lazim (asasi).
b) Jenis buah-buahan dan biji-biji yang ditanam, seperti gandum, barli, jagung, padi,kacang putih, kacang buncis, kacang kuda, kurma, anggur kering, sekoi dan lain-lain lagi.
1. Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dikeluarkan zakat mengikut jumlah penghasilan. Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Terengganu menetapkan kadar pengeluaran zakatnya bergantung kepada cara-cara penghasilannya iaitu;
2. Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang diairi dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera dengan perbelanjaan yang banyak, maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20.
3. Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai atau parit (tali air) maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.
© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.