ZAKAT WANG SIMPANAN

PENERANGAN

Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.

Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas Zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.

DALIL ZAKAT WANG SIMPANAN

Kewajipan zakat wang ditetapkan dalam Quran dan Hadis. Antaranya dalam surah al-Taubah seperti berikut yang bermaksud:

Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu

[Surah Al-Taubah (9): 34-35]

HADIS

Dari Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah ada ganjaran bagi orang yang memiliki harta simpanan namun tidak menunaikan haknya, melainkan Allah SWT akan melemparkannya ke dalam api neraka jahanam pada hari kiamat, hingga dahinya, tepinya serta punggungnya dibakar, sampai Allah memutuskan perkara di antara hamba-hambanya di hari yang lamanya sekitar 50,000 tahun di bumi, kemudian dia melihat jalannya, baik ke syurga mahupun ke neraka.[HR Muslim]

Zakat ini dikenakan ke atas jumlah wang simpanan yang disimpan dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

i) Simpanan tetap sepanjang tempoh haul/setahun (354 hari) dan  melebihi kadar nisab, maka jumlah zakat yang dikenakan adalah atas  jumlah baki simpanan pada hujung haul tersebut. baki simpanan  pada hujung haul x 2.5%

ii)  Simpanan bergerak keluar dikira atas nilai baki terendah dalam tempoh haul tersebut, dengan syarat baki terendah tersebut adalah melebihi kadar nisab. baki terendah dalam tempoh haul (mesti melebihi nisab) x 2.5%

 Sekiranya mempunyai lebih daripada satu akaun simpanan, maka pengiraan zakat wang simpanan perlulah dilakukan ke atas jumlah bagi setiap akaun, samaada tetap atau baki terendah.

Pengiraan Zakat Wang Simpanan

Contoh Pengiraan 1

(Baki terendah bagi tahun 2019 adalah RM15,000.00 )

RM15,000.00  = RM15,000.00 x 2.5%

Jumlah zakat = RM375.00

Contoh Pengiraan 2
Jumlah simpanan akaun bank – Tabung Haji x 2.5%
= RM21,000.00 – 5,000.00 x 2.5% = { RM 400.00 Jumlah zakat }

© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.