1. Islam
2. Milik Sempurna.
3. Cukup nisab. Seseorang itu harus memiliki sejumlah minima yang memungkinkan dia diwajibkan zakat. Bagi ternakan unta, jumlah minima ialah 5 ekor. bagi kambing, tidaklah diwajibkan zakat apabila di bawah 40 ekor. Manakala nisab lembu ialah 30 ekor. Perincian lanjut adalah seperti di bawah.
4. Cukup Haul. Cukup haul iaitu genap peredaran masa setahun binatang itu dimiliki atau dibelanya. Bagi anak binatang yang lahir dalam waktu (pertengahan) haul, tidak diwajibkan zakat, namun boleh dikira sekali bagi mencukupkan nisab binatang-binatang ternakan yang sudah matang.
5. Bermaksud ia diurus sepanjang tahun untuk memperoleh susu, dibiakkan atau diperoleh dagingnya. Binatang-binatang ternakan juga perlu “saaimah”ertinya binatang-binatang itu dipelihara di padang ternakan bebas bagi kebanyakan hari dalam tempoh setahun. Yang dimaksud padang rumput yang mubah adalah padang rumput yang tumbuh dengan sendirinya dan bukan dari hasil usaha manusia.
6. Tidak Dipekerjakan. Binatang ternakan yang digunakan untuk bekerja seperti membajak tanah ladang dan mengambil air untuk menyirami tanaman tidak ubah seperti alat-alat yang digunakan untuk mengerjakan tanah tersebut, dan hasilnya yang berupa tanaman dan buah-buahan lah yang sepatutnya wajib dikeluarkan zakatnya.
1. Bebas dari kecacatan dan kerosakan. Binatang tersebut tidak sakit, luka, terlalu tua, pekak, tempang dan sebagainya dan kecacatan lain yang mengurangkan manfaatnya serta nilai harganya. Namun dikecualikan sekiranya semua binatang ternakan yang diternak mengalamai kecacatan yang sama. Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA telah menetapkan baginya kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah kepada RasulNya SAW iaitu:
2. Terutamanya bagi Unta
3. Telah ditetapkan umur-umur tertentu bagi kadar binatang yang ingin dizakatkan. Keterikatan dengan umur kerana mengambil zakat di bawah umur akan mengurangkan manfaat kepada golongan asnaf, manakala mengambil zakat melebihi umur yang disyaratkan akan menzalimi pemilik binatang tersebut,
4. Para pengutip zakat (amil) tidak boleh mengambil zakat yang terlalu baik atau yang terlalu buruk, akan tetapi harus mengambil yang pertengahan kecuali pemilik tersebut rela menyerahkannya yang paling baik.
© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.