Sempena dengan perasmian dan juga pembukaan cawangan baru, baru-baru ini Amcare Agency telah mengadakan Majlis Kesyukuran di Pejabat Urusan Amcare di Bangunan Maidam dan juga Pejabat Pos Mini Telaga Mengkudu, Marang. Seramai 40 orang pelajar Pusat Pengajian Al-Quran Rahman, Kemaman telah dijemput bagi mengadakan solat hajat dan bacaan yassin bagi mengimarahkan lagi Majlis Kesyukuran Amcare Group.