Keluarga kepada seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Allahyarham Mohammad Amir Bin Nordin, 23 tahun merupakan pelajar Ijazah Muda Pengurusan (Pemasaran) yang terkorban dalam kemalangan jalan raya pada 6 Mac 2020 yang lalu, menerima pampasan manfaat dari Hong Leong MSIG Takaful berjumlah RM20,000 hari ini.
Cek Pampasan maafaat takaful tersebut diberi melalui Program Baucar Perlindungan Tenang daripada Hong Leong MSIG Takaful telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful, Mohd Asri Omar kepada waris mangsa pada Majlis Bayaran Manfaat Perlindungan Tenang Voucher (PTV) HLM Takaful Tenang di UMT.
Program Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan B40. Program ini telah dilancarkan pada September 2021 dan ditawarkan kepada penerima golongan B40 yang layak. Hong Leong MSIG Takaful merupakan syarikat pengendali takaful yang dilantik oleh pihak kerajaan bagi Program Baucar Perlindungan Tenang.
Pihak Hong Leong MSIG Takaful beserta AMCARE Agency selaku rakan strategik perniagaan untuk membantu memperluaskan pendaftaran Program Baucar Perlindungan Tenang dalam kalangan rakyat Terengganu terutama pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Kolej Universiti TATI.
Menurut Encik Mohd Asri Omar, mangsa adalah pelajar universiti yang merupakan golongan yang layak di daftarkan dibawah program ini.
Arwah juga merupakan dari kelurga B40, bapa bekerja di kilang papan dan ibu tidak bekerja hanya menjadi suri rumah.
Mohd Asri menjelaskan,waris layak untuk menuntut pampasan bernilai RM20,000 dan keluarga waris juga boleh membuat badal haji, korban dan wakaf dari nilai pampasan menerusi ke unikan produk perlindungan tenang yang telah diberi.
Menurut Professor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Naib Cancelor UMT berkata pihak universiti melalui AMCARE Agency telah berjaya membantu semua pelajar UMT yang layak untuk di daftarkan mereka dalam Program Baucar Perlindungan Tenang ini.
“Setiap pelajar UMT dilindungi takaful, dengan adanya pampasan seperti ini,dapat membantu perbelanjaan kewangan keluarga pelajar yang terbabit dalam kemalangan dan boleh digunakan perbelanjaan harian keluarga mereka. ,” katanya. Sementara itu, bapa mangsa, Nordin Bin Mohammad, 57, berterima kasih kepada pihak kerajaan, Hong Leong MSIG Takaful, Universiti Malaysia Terengganu dan AMCARE Agency yang tampil bagi membantu keluarganya di saat sukar.
โArwah merupakan seorang anak yang baik dan dia sering kali menolong dan membantu keluarga.โ
โBantuan ini sangat membantu kami sekeluarga di kala pandemik ini dan wang diperoleh daripada insurans itu akan digunakan sebaiknya untuk kebajikan arwah termasuk membuat badal haji dan mengadakan majlis tahlil untuk arwah.โ Katanya.
Majlis Bayaran Manfaat Perlindungan Tenang Voucher (PTV) HLM TAKAFUL TENANG ini telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu yang dihadiri Waris arwah, Pegawai Kanan Universiti, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful dan pihak AMCARE Agency.