Pegawai zakat AMCARE-Ejen Zakat MAIDAM berperanan sebagai pegawai yang mengendalikan sesi konsultasi kepada bakal pembayar dan pembayar zakat bagi menjawab semua pertanyaan, pengiraan dan pembayaran zakat.
Pegawai zakat menawarkan khidmat temujanji secara bersemuka sama ada di pejabat, rumah atau dimana-mana sahaja di sekitar Kuala Terengganu.
Pegawai zakat juga menawarkan khidmat temujanji secara atas talian kepada bakal pembayar atau pembayar zakat.
Pegawai zakat bersedia memberi taklimat zakat dan juga penerangan berkenaan skim potongan gaji At-Taqwa serta hubungannya dengan potongan cukai bulanan (PCB) kepada kakitangan dan majikan dalam melaksanakan potongan zakat bulanan melalui gaji.
© 2022 Amcare. Hak Cipta Terpelihara.