[et_pb_section fb_built=”1″ fullwidth=”on” _builder_version=”3.17.6″][et_pb_fullwidth_header title=”Syarat Wajib Zakat” _builder_version=”3.17.6″ title_font=”Abel|700||||on|||” title_text_align=”center” title_font_size=”36px” title_letter_spacing=”4px” custom_margin=”0px||” custom_padding=”0px||0px”] [/et_pb_fullwidth_header][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ admin_label=”Email and FAQ” _builder_version=”3.11.1″ custom_padding=”15px|0px|0|0px|false|false”][et_pb_row custom_padding=”0|0px|27px|0px|false|false” _builder_version=”3.17.6″ make_fullwidth=”on”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.0.47″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_image src=”https://zakat.coachalhakim.com/wp-content/uploads/2020/04/syarat-wajib.png” align=”center” _builder_version=”3.17.6″ border_radii=”on|10px|10px|10px|10px” box_shadow_style=”preset2″ module_alignment=”center”] [/et_pb_image][et_pb_accordion open_toggle_text_color=”#000000″ open_toggle_background_color=”#ffffff” closed_toggle_text_color=”#ffffff” _builder_version=”3.17.6″ body_text_color=”#000000″ toggle_font=”|700|||||||” border_radii=”on|10px|10px|10px|10px” box_shadow_style=”preset2″ box_shadow_color=”#000000″][et_pb_accordion_item title=”1. ISLAM” open=”off” open_toggle_text_color=”#000000″ open_toggle_background_color=”#ffffff” closed_toggle_text_color=”#000000″ closed_toggle_background_color=”#0269a4″ _builder_version=”3.17.6″ title_text_shadow_horizontal_length=”0em” title_text_shadow_vertical_length=”0em” title_text_shadow_blur_strength=”0em” body_text_shadow_horizontal_length=”0em” body_text_shadow_vertical_length=”0em” body_text_shadow_blur_strength=”0em”]

Pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam tidak diminta untuk mengeluarkan zakat kerana zakat adalah ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta menzahirkan kepatuhan diri sebagai seorang hamba.

[/et_pb_accordion_item][et_pb_accordion_item title=”2. MERDEKA” open=”off” open_toggle_text_color=”#000000″ open_toggle_background_color=”#ffffff” closed_toggle_text_color=”#000000″ closed_toggle_background_color=”#0269a4″ _builder_version=”3.17.6″ title_text_shadow_horizontal_length=”0em” title_text_shadow_vertical_length=”0em” title_text_shadow_blur_strength=”0em” body_text_shadow_horizontal_length=”0em” body_text_shadow_vertical_length=”0em” body_text_shadow_blur_strength=”0em”]

Bebas daripada cengkaman penghambaan. Isu hamba tidak timbul pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan oleh para ulama sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

[/et_pb_accordion_item][et_pb_accordion_item title=”3. SEMPURNA MILIK ” open=”off” open_toggle_text_color=”#000000″ open_toggle_background_color=”#ffffff” closed_toggle_text_color=”#000000″ closed_toggle_background_color=”#0269a4″ _builder_version=”3.17.6″ title_text_shadow_horizontal_length=”0em” title_text_shadow_vertical_length=”0em” title_text_shadow_blur_strength=”0em” body_text_shadow_horizontal_length=”0em” body_text_shadow_vertical_length=”0em” body_text_shadow_blur_strength=”0em”]

Milik sempurna bermaksud “Pemilikan seseorang terhadap harta secara sah sepanjang haul dan mempunyai kuasa secara bebas ( إخْتِيَارُ ) untuk mengurus ( حَقُّ التَصَرُّفِ ) dan memperolehi manfaat dari harta tersebut tanpa sekatan / kawalan undang-undang dan peraturan.”

 Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri. Dengan pemilikan sempurna, sesuatu harta tidak tertakluk kepada hak pihak lain. Pemiliknya mampu mengendalikan harta tersebut secara bebas dan keuntungan daripadanya juga kembali kepada pemiliknya. Maka, tidak wajib zakat kepada harta yang tidak mempunyai pemilik tertentu atau dimiliki oleh awam seperti tanah wakaf, harta baitulmal dan seumpamanya.

Syarat pemilikan sempurna diambil daripada dalil-dalil berkenaan zakat yang menyandarkan perkataan harta kepada pemiliknya.

sebagaimana firman Allah

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(zakat)[Surah al-Taubah (9): 103]

[/et_pb_accordion_item][et_pb_accordion_item title=”4. CUKUP NISAB” open=”off” open_toggle_text_color=”#000000″ open_toggle_background_color=”#ffffff” closed_toggle_text_color=”#000000″ closed_toggle_background_color=”#0269a4″ _builder_version=”3.17.6″ title_text_shadow_horizontal_length=”0em” title_text_shadow_vertical_length=”0em” title_text_shadow_blur_strength=”0em” body_text_shadow_horizontal_length=”0em” body_text_shadow_vertical_length=”0em” body_text_shadow_blur_strength=”0em”]

Sesuatu harta yang dimiliki hendaklah mencukupi nisab yakni paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat. Umumnya, setiap kategori harta mempunyai kadar nisabnya yang tersendiri. Misalnya bagi Zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas, nisabnya adalah nilaian 20 mithqal (85 gram emas).

Manakala nisab bagi Zakat Pertanian adalah 5 wasaq (atau awsuq) bersamaan 363 gantang Malaysia. Bagi nisab Zakat Ternakan adalah berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.

 

85gram emas bagi zakat Pendapatan, Perniagaan, Wang Simpanan, Saham dan Emas.

Zakat Pertanian – 5 wasaq (atau awsuq) bersamaan 363 gantang Malaysia.

Zakat Ternakan berpandukan ukuran ketetapan yang telah dinyatakan dalam nas hadis.

Dalil syarat nisab seperti yang dijelaskan Hadith berikut:

 

Rasulullah SAW bersabda: “Tamar yang kurang dari 5 awsuq tidak diwajibkan zakat, perak yang kurang dari 5 auqiyah tidak diwajibkan zakat, dan unta yang kurang dari 5 ekor tidak diwajibkan zakat.”

(HR Bukhari & Muslim)

[/et_pb_accordion_item][et_pb_accordion_item title=”5. CUKUP HAUL” open=”off” open_toggle_text_color=”#000000″ open_toggle_background_color=”#ffffff” closed_toggle_text_color=”#000000″ closed_toggle_background_color=”#0269a4″ _builder_version=”3.17.6″ title_text_shadow_horizontal_length=”0em” title_text_shadow_vertical_length=”0em” title_text_shadow_blur_strength=”0em” body_text_shadow_horizontal_length=”0em” body_text_shadow_vertical_length=”0em” body_text_shadow_blur_strength=”0em”]

Cukup haul bermaksud telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari. Atau  tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun. Syarat haul ditetapkan dengan hadith.

[/et_pb_accordion_item][et_pb_accordion_item title=”6. HARTA YANG BERKEMBANG” open=”on” open_toggle_text_color=”#000000″ open_toggle_background_color=”#ffffff” closed_toggle_text_color=”#000000″ closed_toggle_background_color=”#0269a4″ _builder_version=”3.17.6″ title_text_shadow_horizontal_length=”0em” title_text_shadow_vertical_length=”0em” title_text_shadow_blur_strength=”0em” body_text_shadow_horizontal_length=”0em” body_text_shadow_vertical_length=”0em” body_text_shadow_blur_strength=”0em”]

Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki ( حَقِيْقِي ) atau boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ).

Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki ( حَقِيْقِي ) adalah:

  1. Binatang ternakan berkaki empat seperti unta, lembu, kerbau, kambing.
  2. Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi, jagung dan seumpamanya.
  3. Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.

 

Harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ) adalah :

  1. Emas, perak, mata wang dan hasil galian seperti minyak, bijih timah, gas asli dan harta karun yang bernilai dan seumpamanya.
  2. Tanaman, ternakan dan lain-lain harta yang diusahakan secara komersial.

 

Syarat ini diambil daripada nas hadis Rasulullah SAW

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda:

 Tidak ada kewajipan zakat atas seorang Muslim pada hambanya dan tidak pula pada kudanya.(HR Bukhari & Muslim).

 Antara sebab zakat hanya diwajibkan atas harta yang berkembang ialah agar pembayaranzakat tidak membawa kepada penyusutan harta. Lebih – lebih lagi sekiranya harta tersebut hanya sepatutnya sumber untuk kelangsungan hidup pemiliknya, maka jikalau zakat tetap dikenakan sudah tentu akan membawa kesusahan kepada pemiliknya.

[/et_pb_accordion_item][/et_pb_accordion][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]