[et_pb_section fb_built=”1″ fullwidth=”on” _builder_version=”3.17.6″][et_pb_fullwidth_header title=”Fatwa Zakat” _builder_version=”3.17.6″ title_font=”Abel|700||||on|||” title_text_align=”center” title_font_size=”36px” title_letter_spacing=”4px” custom_margin=”0px||” custom_padding=”0px||0px”][/et_pb_fullwidth_header][/et_pb_section][et_pb_section fb_built=”1″ admin_label=”Email and FAQ” _builder_version=”3.17.6″ custom_padding=”15px|0px|20px|0px|false|false” background_image=”https://zakat.coachalhakim.com/wp-content/uploads/2020/04/evie-s-Sw7f58YJbc0-unsplash-scaled.jpg”][et_pb_row make_fullwidth=”on” custom_padding=”0|0px|27px|0px|false|false” _builder_version=”3.17.6″][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.0.47″ parallax=”off” parallax_method=”on”][et_pb_text _builder_version=”3.17.6″ text_font=”||||||||” text_text_color=”#000000″]

 

Hukum mengagihkan zakat secara persendirian dan qada zakat

Muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan bagi hal ehwal ugama islam Malaysia kali ke 6 yang bersidang pada 21-23 november 2006 telah menbincangkan hokum mengagihkan zakat secara persendirian dan qada zakat. Muzakarah telah memutuskan bahawa

  1. Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau ulil amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.
  2. Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintahan adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam pekara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam islam patuh dan taat kepada pemerintah atau ulil amri dalam perkara kebaikan adalah wajib
  3. Menenai hum qada zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

 

Fatwa zakat Negeri Terengganu

(Rujukan : Jabatan Mufti Negeri Terengganu)

Zakat Pendapatan bermaksud zakat yang dikenakan ke atas perolehan melalui gaji dan pendapatan bebas. Menurut Dr Yusof al-Qaradawi di dalam kitab Fiqh al-Zakat, pekerjaan manusia adakalanya bebas tanpa terikat dengan kerajaan. Di kalangan mereka ada yang jadi doktor, jurutera, peguam, tukang jahit, tukang kayu dan sebagainya. Adakalanya ia terikat dengan jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya di mana mereka bekerja dan diberi gaji bulanan secara tetap. Pendapatan yang diperolehi itu dipanggil al-mal al-mustafad. Ia wajib dizakatkan. Kewajipan zakat ke atas pendapatan yang diperoleh dapat dilihat dan di fahami melalui maksud daripada  firman Allah s.w.t di dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, 267

Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat)”,

Sebelum membuat bayaran zakat pendapatan, terdapat item-item atau perkara yang mempunyai perbelanjaan khusus harus ditolak terlebih dahulu seperti diri sendiri, isteri, anak-anak dan jumlah ini adalah sama walaupun perbelanjaan sara hidup meningkat. Terdapat perkara-perkaran lain yang harus ditolak namun jumlahnya adalah mengikut perbelanjaan individu tersebut seperti perbelanjaan kepada ibu-bapa, caruman kwsp, caruman LTH, caruman kepada institusi yang telah membayar zakat kepada ahli, takaful, dan perbelanjaan perubatan dan lain-lain perbelanjaan yang ada.

Untuk mengetahui jumlah pendapatan yang harus ditolak sebelum melaksanakan zakat pendapatan, individu tersebut haruslah pergi ke kaunter zakat atau mana-mana tempat yang telah disediakan oleh pihak berwajib untuk mengira jumlah potongan pendapatan yang sepatutnya di tolak.

Justeru zakat pendapatan yang dikenakan ke atas seseorang individu adalah pendapatan tahunan tolak (-) perbelanjaan yang disebut seperti di atas dan baki daripadanya adalah disebut pendapatan bersih. Maka pendapatan bersih ini sahaja yang di kenakan zakat sebanyak 2.5%, dan ini lah sebahagian daripada tanggungjawab individu Muslim yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan ummah dan membantu memperkukuhkan ekonomi umat Islam di Negara ini.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]